Tukar venue?

Malaysia akan menjadi hos dalam perlawanan kedua permainan persahabatan antara Malaysia dan Singapura hari Selasa nanti.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memutuskan perlawanan tersebut akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam.

Dengar khabar FAM dengan tiba-tiba ingin menukar venue perlawanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil pula. Agaknya kerana Bukit Jalil lebih "easily accessible" daripada Shah Alam. Lagipun, sudah tentu ramai akan ke stadium untuk memberi sokongan apabila Malaysia sekadar seri 2-2 dengan rakan seperjuangan mereka di seberang Tebrau Johor.

Akan tetapi saya diberitahu stadium di Bukit Jalil tidak dapat "accommodate request FAM". Hmm...


Jika benar, persoalannya ialah kenapa perlu menukar venue pada saat-saat terakhir. Kerana ingin mengaut keuntungan semata-mata memandangkan Malaysia dan Singapura seri dan sudah tentu ini akan mendorong lebih ramai peminat ke stadium? Atau kerana mungkin FAM sedar Shah Alam agak jauh untuk peminat ibu kota?

Harap wakil persatuan dapat memberi gambaran yang jelas dalam masa terdekat.

NORSHAHRUL Idlan Talaha (tengah) diasak pemain Singapura, Yasir Hanapi pada perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar,  malam tadi.

Dalam perlawanan pertama semalam, keputusan pengadil Hong Kong Ng Kai Lang pada babak-babak akhir perlawanan menjadi topik hangat buat peminat Harimau Malaya.

Jurulatih kebangsaan K.Rajagobal memberitahu ESPNStar.com;

""From where I was seated, I don't think it was a penalty but the referee is the one who makes the decisions. He was closer [to the incident].

"That penalty was saved by Khairul Fahmi and according to Aidil, he was happy and said 'yes' and all of a sudden a freekick and a yellow card was given.

"I hope he [Aidil] is telling the truth, I have to believe my player but that goal turned it around and Singapore managed to equalise.

"Now I'm looking forward to another good game at the beautiful atmosphere of the Shah Alam Stadium."

Senarai pemain (dipetik dari Bernama)

Malaysia: Khairul Fahmi Che Mat, K. Gurusamy, Mohd Azmi Muslim (Mahalli
Jasuli), Mohd Fadhli Shas, Aidil Zafuan Abdul Radzak (S.Subramaniam), Mohd Safiq
Rahim (kapten), Mohd Bunyamin Umar, S. Kunanlan (S. Chanturu), Shahurain Abu
Samah (Azamuddin Akil), Norshahrul Idlan Talaha (Ahmad Shakir Mohd Ali), Mohd
Safee Sali (Amar Rohidan).
 
Singapura: Mohd Izwan Mahbud, Mustafic Fahrudin, Hariss Harun, Madhu
Mohanna, Shaiful Esah Nain, Baihakki Khaizan (kapten), Safuwan Bahrudin (Shahdan
Sulaiman), Sufian Anuar, Irwan Shah (Shi Jiayi), Qiu Li, Agu Casmir (Khairul
Nizam).
  
Pengadil: Ng Kai Lang (Hong Kong)

HD kata: Pasukan negara mampu menang di Shah Alam.

Comments

  1. Tak ada masa nak fikir tentang 'mempunyai stadium sendiri'.Sampai bila asyik nak bergantung dengan stadium pihak ketiga?.
    (sekadar pendapat Pak Man , orang kampung).

    ReplyDelete
  2. rombak je stadium merdeka, drpd dbazirkan jd tugu negara tempat tgk konsert, lebih baik stadium merdeka diwembleykan, punya kapasiti 70/80k pon dh ok.. khusus untuk bolasepak semata2.. baru la btl stadium keramat utk Harimau Malaya, ibarat sirih pulang ke gagang, pulang ke rumah asal harimau malaya dilahirkan..

    ReplyDelete
  3. FAM mana boleh buat decision. Semua main hentam kromo je. Jangan terkejut kalau perlawanan dipindahkan ke Kuantan. Stadium Darulmakmur punya SUKMA makeover dah siap ke belum? As for the first MAS-SIN match, you don't need to be a lip reader to see Aidil was ranting more than one syllable. "Yes!"? C'mon... Still idiotic decision by the ref.

    ReplyDelete
  4. I didn't see it on TV. First it was the penalty, then replays and suddenly yellow card was shown and freekick given. Sure u read Aidil's lips?

    ReplyDelete
  5. @Anonymous 10:53am - Yes, if you were at the stadium you boleh tengok dia potpet potpet sama itu referee masa apex golek2 atas padang..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'Boikot jer'

The untold story of a kampung hero from Sentul - Coach Guna

Breast touched, coach masturbated in front of athlete, politician offered money for sex - damning allegations that must not be ignored