KL tidak akan tarik diri dari Liga M

Ada desas-desus menyatakan KL akan menarik diri daripada beraksi dalam Liga M.

Saya pasti ia TIDAK akan berlaku kerana;


1. KL kini mempunyai Datuk Bandar baru iaitu Ahmad Phesal Talib. Ahmad Phesal dikatakan peminat bola sepak dan ingin melihat KL kembali ke zaman kegemilangannya. Ini sudah tentu akan menjanjikan suntikan dana dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

2. Presiden KLFA Astamam Abdul Aziz , seorang pemilik dan waris tanah Kampung Baru, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) baru-baru ini. Ini akan menjanjikan 'joint venture' dengan syarikat-syarikat swasta yang mungkin dapat menolong KLFA.

3. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, yang dikatakan tidak begitu "rapat" dengan Datuk Bandar dulu Ahmad Fuad Ismail, mempunyai hubungan baik dengan Astamam dan mungkin akan memberi sokongan (dari segi moral mahupun wang tunai) melalui DBKL.

Oleh yang demikian, KLFA tidak akan berundur dari Liga-M walaupun mereka akan beraksi dalam Liga Premier musim hadapan setelah gagal meraih sebarang kemenangan di Liga Super musim ini.

Soalan cepu emas; Bukankah baik jika KLFA berundur, bayar segala tunggakan gaji pemain-pemain mereka dan fokus terhadap pembangunan pemain-pemain baru?  

HD kata: Duit DBKL lagi.....

Comments

  1. X salah pun guna duit dbkl, at least bazir utk sukan..n perlu diaudit dgn btul..dr bazir kt tmpt lain..nmpk jugak duit tu ke mane..tp dgn syarat mesti la byr hutang gaji pada pemain..harap hutang dibayar seblm berangan2 nak bersaing musim depan..

    ReplyDelete
  2. Kenapa tidak dirombak saja management KLFA? Cari org yg betul2 tahu menggalas jawatannya dan bukan hanya pandai berkata2 seperti drama...

    ReplyDelete
  3. Masalahnya takda sapa nak galas. Yang betul minat, takda duit, yang ada duit, makin nak perah duit lagi dari persatuan. Tinggal la Dato Astaman sorang..harap-harap dengan ada status sebagai Pengerusi PPKB, dapat la cari sponsor dari developer. Mcm Tan Sri Elyas dulu, guna kedudukan sebagai Datuk Bandar untuk tarik sponsor, so tak la guna sangat duit DBKL nanti. Mungkin 1st step ni terpaksa la guna duit DBKL dulu. Tak pun mintak tolong dari Tan Sri Annuar Musa. Rasanya dua-dua tokoh ni sahabat karib.

    ReplyDelete
  4. Bagus la KL tidak Akan dibubarkan. Memnag tak Patut pun sebuah persatuan bola sepak ahli gabungan FAM dibubarkan, sebuah persatuan bola sepak yang pernah memenangi Piala Malaysia tiga Kali berturut turut. Bagus la Datuk Bandar KL yang baru ni, Beliau meminati sukan bola sepak. KLFA turun ke Liga Premier tu Kira okay la. Harap Presiden KLFA, Datuk Astaman dapat tarik sponsor. KL ni Bukan Nya kampung. Sebuah bandaraya berstatus Alpha setaraf dengan Los Angeles, Amsterdam, Beijing Dan lain lain. Sebuah bandaraya yang mempunyai beratus Bahkan Beribu syarikat dalam Dan luar negara, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Multi National Companies, syarikat besar, kecil, sederhana, Semua Ada. Tipu lah Kalau Dekat KL ni tak Ada satu company. Bangunan tinggi tinggi menghiasi pencakar langit KL sampai berjuta juta nak buat bangunan. Di harap dengan Adanya Datuk Bandar Baru KL ni Dan juga pelantikan Presiden KLFA sebagai Pengerusi PPKB, Akan membuka company di luar sana untuk menaja KLFA. Ikuti jejak langkah Tan Sri Elyas Omar.

    Mungkin Sudah tiba masanya KLFA dijadikan sebuah syarikat, Maksud saya, mengurus persatuan bola sepak ni macam syarikat Swasta. Harap Ada CEO, CFO, COO, Managing Director, Board of Directors. Dan pegawai ini harus berkaliber memahami selok belok perniagaan Dan juga bola sepak.

    Apa pun selamat Maju jaya Kepada KLFA untuk attract sponsors Dan berjaya dalam Liga Premier Musim hadapan. Akhir kata Sampai Mati Kuala Lumpur!

    ReplyDelete
  5. masalah bolasepak malaysia, duit gaji dibayar dengan duit rakyat. sampai masa akan jadi macam KLFA.

    ReplyDelete
  6. masalah bola sepak malaysia, most of the fa pays player from people's money. lama2 kalau takde fund jadi macam KLFA.

    ReplyDelete
  7. AMAT SOKONG Pasukan KLFA diswastakn,KLFA PERLU FOKUS kepada menguruskan LIGA KUALA LUMPUR dan pasukan SUKMA sahaja.KLFA Perlu swastakan klfa menjadi KL FC. bukan saham KLFC kepada komuniti,Kelab penyokong &pelabur.

    ReplyDelete
  8. Kalau tak nak guna duit rakyat, maka Sudah tiba masanya syarikat syarikat Swasta Jadi sponsor Kepada club bola sepak kita. Tapi masalah club bola kita ni tak pandai cari sponsor,semua harap Geran FAM Dan kerajaan Negeri je. Kalau Ada pun satu Dua je sponsor kecuali Kelantan FA, rasanya Kelantan Ada lebih 5 sponsor. Lepastu lagi satu, syarikat kita ni tak berani ambil risiko. Mereka fikir short term je. Long term tak fikir. Bayangkan logo syarikat Mereka ter papar di Baju jersey club. Berapa Banyak pulangan jangka masa panjang profit Mereka boleh dapat. Berjuta ringgit agaknya. Lagi satu Papan Papan Tajaan yang diletakan di tepi Padang ketika sebuah perlawanan berlangsung boleh juga me bawa pulangan lumayan. Kalau liga kita dikatakan professional, pemikiran management club juga harus lah professional!

    ReplyDelete
  9. Combine ja team DBKL and KLFA....then it can settle financial problem as well as teir reputation in M-League...Hope the new Datuk Bandar & Mr Astamam can bring a new kegemilangan to KLFA....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'