Kini pula hal Abe Raja...

Sebagai permulaan, saya tidak prejudis sama sekali terhadap timbalan presiden FAM Annuar Musa mahupun individu-individu yang lain.

Tetapi saya agak hairan dan tertarik dengan 'kenyataan' Annuar Musa di Harian Metro semalam.

Beliau dipetik berkata;

"Secara terus-terang dan peribadi, saya merasakan prestasi (skuad negara) tidak menentu. Kadang-kadang kala alasan yang diberikan tidak boleh diterima oleh semua pihak seperti hendak mencuba. Bola sepak adalah perkara yang berjalan sepanjang masa dan tidak boleh mengatakan ia lakukan untuk tempoh empat tahun akan datang.

“Ia perlu disukat pada setiap masa dan kejohanan, siapa yang boleh menjamin empat tahun lagi kita akan menjadi lebih baik,” kata ketika ditemui semalam."

Annuar Musa, dalam Facebook-nya, berkata kenyataannya disalah tafsir oleh pihak Media tetapi posting tersebut siap dengan berpuluh-puluh komen tiba-tiba dipadamkan. Agak menghairankan...

Apa yang juga menghairankan, dan jika benar kata-kata Annuar Musa seperti dilaporkan, ialah mengapa dia tidak menyuarakan pendapatnya terus kepada jurulatih kebangsaan K.Rajagobal (gambar) tetapi melenting di Media?

Dan yang lebih lagi menghairankan apabila ada orang 'besar' di FAM bertanyakan wartawan kenapa mereka tidak menyoal Rajagobal mengenai kenyataan pedas Annuar Musa.

Rajagobal pula hanya mampu bersenyum sambil berkata - Don't judge me just yet.

HD kata: Inilah bolasepak Malaysia....

Comments

  1. SATU hal lagi MEDIA ARUS PERDANA suka mengampu, langsung tidak berani nak kritik FAM,mungkin ini budaya WARTAWAN Masa kini.Terang terang FAM Mundur dan perlu TRANFORMASI,apa sebenarnya perancangan FAM untuk skuad kebangsaan,TOLONGLAH berundur KEPIMPINANAN FAM dan pegawai yang suka mengampu,KAMU mohon jasa baik anda,NYAH dari bolasepak MALAYSIA,termasuk media YANG KAMI pengampu,TIADA kritikan konstruktif untuk memajukan bolasepa Malaysia.

    ReplyDelete
  2. maaf kritik yang pedas baik UNTUK mereka yang masih suka mengampu untuk mudah mendapat kerjasama FAM untuk menulis arkitel,BAgi wartawan yang merasakan mereka tidak lurus SEPERTI wartawan wartawan kami ampu ini,teruskan usaha anda untuk mengkritk FAM.mana rizalhasim lama sudah tidak kritik D,rajagopal. x sabar menanti persahabatan menentang kelab kelab ternama,,seperti menanonton hiburan sukan WWE.PASTI RAKYAT AKAN TERHIBUR.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'Boikot jer'

The untold story of a kampung hero from Sentul - Coach Guna

Breast touched, coach masturbated in front of athlete, politician offered money for sex - damning allegations that must not be ignored