Saman


1. Pada Ogos 15, 2012, saya disaman oleh Allahyarham Datuk Mohamad Bustaman Abdullah.

2. Beliau berpendapat hasil tulisan saya di blog ini "defamatory". Hakikatnya, saya hanya muat naik artikel Malay Mail, artikel The Star dan satu klip YouTube.

3. Beliau sama saya - bukan syarikat tetapi saya sebagai individu. 

4. Pada Sept 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuang kes tersebut (struck out) kerana ianya merupakan penyalahgunaan proses kehakiman

5. Sejak berkecimpung dalam dunia kewartawanan 21 tahun yang lalu, saya akui ada yang tidak suka dengan apa saya tulis. 

6. Tapi tak suka dan "defamatory" dua benda berbeza. Mungkin sebagai seorang graduan undang-undang atau kerana saya dilatih oleh pengarang-pengarang veteran, saya memahami konsep fitnah. In short, bila tulis kena berdasarkan fakta.

7. Saya akui adakalanya terdapat artikel oleh penulis-penulis lain yang lari dari fakta. Oleh yang demikian, pihak yang terkesan mempunyai hak untuk menyaman.

8. Tapi pada saya, aksi saman-menyaman kita simpan sebagai "last resort". Kalau boleh, bawa berbincang dulu. Tak salah kalau pihak yang kononnya menindas and pihak yang merasakan diri mereka tertindas duduk semeja. 

9. Yang akan disaman syarikat. Si penulis tidak terkesan melainkan saman tersebut diajukan kepada si penulis sahaja, seperti dalam kes saya. Tapi kalau nak saman penulis, bukannya akan dapat apa-apa pun.

10. Pihak yang menyaman akan mengeluarkan duit untuk bayar peguam. Bayaran guaman tak murah. Lagi femes, lagi mahal. Bukankah baik jika duit yang sama digunapakai untuk benda yang lebih berfaedah?

Comments

Popular posts from this blog

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

Papa win, papa win.

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'