Semoga 'pengamal media sukan' terbaik menerajui SAM. All the best!
Datuk Jasni Shafie yang baru sepenggal menyandang Presiden SAM sejak 9 Jun 2018, menghadapi tentangan Naib Presiden sekarang, Norismadi Abd. Manap dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam pemilihan penggal 2020 (2021)-2023 di Kelana Jaya, Selangor nanti.
Ini hasil tulisan Abdul Hafiz Ahmad. Klik sini untuk baca artikelnya.
Apa-apa pun, terima kasih kepada line up lama dan semoga berjaya kepada mereka yang bakal bertanding.
Cuma satu benda saya ingin ingatkan semua - perlembagaan sesebuah persatuan amat penting kerana disitu lah terteranya peraturan-peratuan mengenai siapa yang layak mewakili SAM.
Kalau ikutkan perlembagaan, hanya pengamal media sukan yang layak jadi exco SAM. Tapi apakah definasi "pengamal media sukan"?
Saya beri contoh. Nama saya Haresh Deol. Saya merupakan pemilik bersama dan pengarang laman berita Twentytwo13. Saya mempunyai kad akreditasi media dari Jabatan Penerangan Malaysia. Saya kerap menulis mengenai sukan di laman Twentytwo13 and juga mempunyai kolum di laman berita Bahasa Melayu baharu, Getaran.
Oleh yang demikian, (saya merasakan bahawa) saya seorang pengamal media sukan.
Tapi jika seseorang itu pengulas sukan sambilan, ataupun pemilik syarikat PR, ataupun individu yang membuat liputan sukan secara suka-suka kerana dia mempunyai pekerjaan 9-5 yang lain (contoh: jurujual syarikat tayar terkemuka) - adakah individu-individu ini juga dikira sebagai pengamal media sukan?
Kadang-kala orang media sendiri tak berminat nak masuk persatuan-persatuan media. Kalau ada orang bukan media sudi jadi exco pada masa akan datang, why not? Atau memang cannot?
Mungkin perkara ini perlu dibincangkan dengan panjang lebar dan mungkin perlu adanya pindaan kepada perlembagaan. Ini kerana suara exco merupakan suara pengamal media sukan seluruh Malaysia. Dan perlembangaan juga perlu ikut peredaran zaman.
Biarlah ahli-ahli yang membuat keputusan. Persatuan ini kepunyaan mereka.
Hanya sekadar memberi pendapat. Kita semua kawan.
Sekali lagi, selamat maju jaya kepada yang bertanding. Peace!
Comments
Post a Comment