Safee pamer erti sebenar profesionlisme

Pemain bola sepak negara Safee Sali (gambar) akan mengadakan perlawanan amal Safee Sali sempena pelancaran Tabung Amal Safee Sali di padang SUK, Seksyen 9 Shah Alam malam esok (8pm).


Sebelum ini Safee terlibat dengan Liga Safee Sali.

Tidak seperti atlet 'profesional' lain di negara kita, Safee mempamerkan erti sebenar profesionalisme. Beliau tidak mengharapkan duit kerajaan atau ketagih bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau dibayar dengan lumayan oleh kelabnya di Indonesia dan melalui "product endorsement". Dan Safee membayar balik budi rakyat Malaysia yang menyokongnya melalui aktiviti amal atau liga, walaupun ianya medapat tajaan daripada syarikat swasta.

Yang penting Safee tidak meminta, tetapi memberi.

Atlet lain yang kononnya 'profesional' dan mendapat tajaan dari pelbagai pihak pula aysik mengharapkan bantuan wang dari kerajaan - yang sebenarnya duit Rakyat. Tapi apabila atlet-atlet ini menang, adakah mereka membayar balik duit tersebut kepada kerajaan?

Safee memang seorang atlet profesional. Yang lain pula bagaimana?

HD kata: Semoga tabung amal Safee Sali berjaya.

Comments

  1. pergh... mmg salut dgn kate2 lu bro... kalo atlet2 "jutawan" yg mbaca tulis lu ni.. mmg akan trasa kene stepek atas btg idung dieorg..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah! Program tersebut berjalan dengan lancar. Thanks bro! =)

    -Nurul-
    Even Executive for Safee Sali

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'Boikot jer'

The untold story of a kampung hero from Sentul - Coach Guna

Breast touched, coach masturbated in front of athlete, politician offered money for sex - damning allegations that must not be ignored