Apo cerito abe Peter?

Pertama sekali, saya tidak akan cuba menulis dalam bahasa Kelantan. Gerenti salah punya.

Tapi apa sebenarnya cerita di Kota Baru?

Dengar khabar pihak pengurusan Kelantan FA (Kafa) suka masuk campur. Jurulatih Peter Butler pulak dah mula hilang sabar.

Lepas Kelantan kalah 2-1 kepada Selangor - kekalahan pertama skuad Kijang musim ini, Peter terus menyatakan dia ingin "balik untuk menilai kedudukannya dengan pasukan Red Warriors."

Dia kata dia masih sayang dengan penyokong Kelantan and pemain-pemain Kelantan dan belum membuat kata putus untuk berhijrah ke pasukan lain.

Ada yang kata Peter disuruh letak jawatan. Ada pula yang kata Tan Sri Annuar Musa "tak ngam" dengan Peter. Ada yang kata pasal isu cukai (peribadi Peter) pun ada....

Apa-apa pun, jangan kerana ego, pasukan pun hancur berkecai.

Baca sini untuk laporan penuh.

By the way Peter, I respect the fact you are able to converse in Malay but many believe you should just express your thoughts in English.

HD kato: Suka makan nasi dagang & nasi kerabu kat pasar malam Pandan Indah.

Comments

  1. Maybe x boleh ada istilah "kalah" untuk pihak pengurusan. The team kene jadi immortals la macam tu.. What's next? Sack?

    ReplyDelete
  2. bro,

    KAFA's president is a politician. So, the way he manage KAFA, players and other is also following his political thinking. To be honest, I'm respect for all his effort to develop KAFA, however he always put his political thinking on top of everything's.

    The way he managed the late kickstart's issue was also related to that.

    kemahkemim says: TSAM, we all know you...sejarah tak mungkin dilupakan...

    ReplyDelete
  3. menarik...tulisan anda dalam bahasa kebangsaan. tahniah

    ReplyDelete
  4. Saya setuju Butler patut meluahkan perasaannya dalam English supaya tidak disalah tafsir. Sebab saya perasan ada beberapa sebutannya yang tidak tepat tetapi amat kritikal. Apapun tetap tahniah kepada Butler kerana cuba berbahasa Melayu. Ini boleh diteruskan, tidak menjadi masalah cuma dalam beberapa isu adalah lebih baik supaya lebih jelas.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

Papa win, papa win.

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'